Tuesday, 29 May 2012

sahabat

 assalamualaikum and hello.
 hermmm,
 how can i describe myself betapa rindunya aku pada kawan2 aku. ramai yang dah blah further studies all over Malaysia ni. and ade jugak member2 aku yang bakal ke mesir, japan, german, russia. wahh! aku tumpang hepi jgak. nak tumpang hepi sekali. sbb aku tak dpt merasa semua tu. hewhew. kepada yg dpt gi overseas, tahniah aku ucapkan. i'm so proud with you guys. korang jangan lupa aku ye nanti. :')

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuan puteri pergi ke Rasah,
Pulang semula sebelah padi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Tuhan bersua lagi.



Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Sahabat, selamat melanjutkan langkahmu, selamat berjumpa lagi di tangga kejayaan, dalam senyuman yang lebih indah.



sayang kamu! <3



No comments: